PQube minggu ini berkongsi yang mana pemrainan seterusnya oleh Corecell Technology, iaitu Aeterno Blade II akan dilancarkan di konosol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada suku ketiga tahun ini.

Permainan tersebut sebelum ini diumumkan oleh mereka di mana ianya adalah permainan aksi yang memfokuskan bentuk platformer dan pada masa yang sama bentuk pertempuran menggunakan masa dan tekaria yang mencabar.

Kali ini melalui permainan kedua Aeterno Blade ini, pembangun menyertakan 3 watak berbeza yang pemain boleh mainkan iaitu watak Freyja daripada permainan pertama dan dua watak baharu iaitu Felix dan Bernard. Ketiga-tiga watak tersebut akan menyertakan kemahiran yang berbeza di mana mereka perlu mengembara untuk hentikan kejahatan oleh Dark Abyss.

Ketika di acara PSX SEA 2018 lepas, kami berpeluang untuk mencuba sedikit sebanyak permainan ini dan pada pendapat kami ianya sememangnya adalah satu permainan aksi yang unik, terutamanya dengan konsep penggunaan masa seakan permainan Bayonetta.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini.

Sohor Kini