Skip to main content

Microsoft baru-baru ini melancarkan kemaskini bulan Mei buat Windows 10. Melaluinya mereka menyertakan pelbagai fungsi baharu dan kemaskini buat sistem operasi tersebut. Antaranya adalah fungsi Xbox Game Bar yang mana kini tiba bersamanya.

Melalui fungsi ini, pemain berupaya untuk mengakses pelbagai fungsi khas melalui menu tertindih ketika bermain sebarang permainan melalui Windows 10 dengan menggunakan kekunci Windows Key + G.

Fungsi ini akan memudahkan pemain di mana pemain tidak lagi perlu menukar aplikasi aktif ketika bermain permainan dan berupaya untuk menetap pelbagai tetapan secara terus ketika bermain. Antara fungsi-fungsi yang bakal tiba adalah keupayaan untuk bersembang melalui Xbox Live bersama rakan, menyunting imej, mendengar muzik dan sebagainya.

Tambahan itu, bagi anda yang sering menonton saluran penstriman Twitch dan melihat penstrim bermain permainan video sambil anda sendiri bermain, fungsi Xbox Game Bar ini juga akan menyertakan keupayaan untuk pin video strim tersebut di skrin pemain, ketika anda bermain permainan video.

Menariknya, fungsi ini juga akan membenarkan pemain untuk menetap pelbagai fungsi-fungsi yang pemain boleh ubah-suai dan tetapkan sendiri. Ini sekaligus ketika menu tertindih Xbox Game Bar dilancarkan, pemain boleh tetapkan pelbagai ‘aplikasi’ Widget melaluinya.

Bagi anda yang ingin menggunakan fungsi ini di PC ataupun laptop anda, pastikan anda memuat-turun kemaskini terkini buat Windows 10.

Leave a Reply