Informasi Permainan Video Terkini
Filem Just Cause Diumumkan – Bakal Dihasilkan Oleh Penulis Filem John Wick

Filem Just Cause Diumumkan – Bakal Dihasilkan Oleh Penulis Filem John Wick

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Permainan Just Cause sememangnya terkenal dengan bentuk aksi yang melampau dengan pelbagai letupan yang pasti membuat pemain terasyik dengan permainannya.

Terkini melalui laporan Endgaget, studio produksi dari Jerman iaitu Constantin Film telah mendapat hak untuk menghasilkan filem berdasarkan permainan Just Cause. Menurut mereka, rakaman filem tersebut bakal bermula 2020 ini dan Derek Kolstad iaitu pencipta dan penulis untuk siri filem aksi John Wick akan menghasilkan skrip buat filem tersebut bersama-sama dengan Robert Kulzer dan Adrian Askarieth.

Bagi anda yang baru dengan siri Just Cause, ianya adalah permainan aksi penembak pandang ketiga yang mana sudah terdapat 4 permainan yang dilancarkan bermula 2006 oleh Square-Enix. Permainan terkini iaitu Just Cause 4 baru sahaja dilancarkan tahun lepas dan ianya menerima pelbagai kemaskini DLC.

Sememangnya permainan beraksi tersebut jika diterjemahkan ke filem memerlukan adegan aksi yang mengejutkan. Dengan penglibatan daripada pasukan yang menghasilkan filem John Wick, kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk menonton filem ini.


TIPS & ULASAN