Skip to main content

Koei Tecmo minggu ini mgnumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan Alpha buat permainan Nioh 2 yang diumumkan oleh mereka ketika E3 lepas. Menurut mereka, sesi percubaan tersebut bakal berlangsung hari ini iaitu 24 Mei sehingga 2 Jun 2019 khas di konsol Playstation 4.

Buat masa ini, sesi percubaan ini tidak dilancarkan secara umum di mana hanya sebilangan pemain sahaja yang akan berupaya untuk mendapatkan akses tersebut secara rawak. Bagi anda yang ingin mengetahui sama ada anda layak ataupun tidak, anda boleh mengemaskini dan menyemak emel anda untuk melihat jika terdapat sebarang emel dari Koei Tecmo.

Menariknya, berdasarkan penstriman sebilangan pemain di Twitch, Nioh 2 menyertakan fungsi untuk menghasilkan watak pemain tersendiri. Dari segi bentuk permainan lain, ianya kelihatan akan memfokuskan bentuk seakan dengan permainan Nioh sebelum ini dengan pelbagai bentuk gaya memegang pedang dan sebagainya.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum diumumkan dan apa yang pasti, Nioh 2 akan dilancarkan di Playstation 4. Permainan pertama Nioh telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 4 dan PC di mana ianya mendapat sambutan yang baik dan telah pun terjual melebihi 2 juta salinan.

Leave a Reply