Informasi Permainan Video Terkini
Watak DLC Kaiba, All Might Dan Biscut Buat Jump Force Bakal Tiba Minggu Hadapan

Watak DLC Kaiba, All Might Dan Biscut Buat Jump Force Bakal Tiba Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Sebelum ini Bandai Namco berkongsi senarai watak DLC baharu buat permainan Jump Force yang mana antaranya adalah Seto Kaiba dari siri Yu-Gi-Oh!, All Might dari My Hero Academia dan Biscuit Krueger dari Hunter X Hunter.

Terkini, tarikh pelancaran buat watak DLC tersebut akhirnya diumumkan di mana menurut Bandai Namco, ianya bakal tiba pada 28 Mei 2019 ini. Menariknya, but mereka yang sudah pun memiliki pas musim watak permainan tersebut, Bandai Namco akan menyediakan akses awal bermula hari ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak-watak tersebut, pas musim watak tersebut boleh dibeli dengan harga bermula RM119. Anda juga boleh dapatkan watak tersebut secara berasingan. Tambahan itu, bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga berkongsi video acah khas buat watak Biscut Krueger.

Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan Februari lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN