Humble Store Menawarkan Jalopy Secara Percuma Sehingga 26 Mei 2019

Humbe Store minggu ini menawarkan permainan Jalopy secara percuma sehingga 26 Mei 2019. Anda perlu melanggan newsletter untuk mendapatkannya.

Jalopy adalah satu permainan yang unik, ia boleh dikatakan sebagai permainan simulasi pengurusan kereta. Di dalam permainan ini, watak pemain bersama dengan bapa saudara ingi mengembara dari Berlin ke Turki. Ia dibangunkan oleh Minskworks dan diterbitkan oleh Excalibur Games.

Pemain akan mengembara menggunakan sebuah kereta yang perlu diurus sepanjang perjalanan. Pemain juga boleh meningkatkan tahap kereta tersebut dengan mencari semasa mengembara ataupun membelinya di kedai.

Untuk mendapatkan duit, pemain perlu mencari barangan yang boleh dijual di pelbagai kedai. Sesetengah kawasan juga menghalang barangan tertentu daripada di bawa masuk, jadi pemain perlu memastikan tidak membawa barangan terlarang.

Walaupun ia agak ringkas, tetapi kepelbagaian perkara yang perlu dilakukan menjadikan permainan ini agak mengasyikkan. Jika anda ingin mencuba permainan ini, ini adalah peluang anda. Dapatkannya sebelum terlambat.

Humbe Store (affliate): Jalopy

Sohor Kini