Informasi Permainan Video Terkini
GOG Akan Membuang Kesemua Permainan Telltale Games Pada 27 Mei
PC

GOG Akan Membuang Kesemua Permainan Telltale Games Pada 27 Mei

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

GOG melalui forum mereka mengumumkan yang mereka akan membuang kesemua permainan Telltale Games yang dijual di kedai mereka. Ini adalah disebabkan syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan permainan tersebut sudah ditutup.

Permainan yang terkesan adalah the Wolf Among Us, Marvel’s Guardians of the Galaxy, Hector: Badge of Carnage, siri the Batman, siri Sam & Max, siri Puzzle Agent, Tales from the Borderlands, dan Strong Bad’s Cool Game for Attractive People.

Kecuali Tales from the Borderlands, permainan lain masih disenaraikan di Steam. Manakala untuk Tales from the Borderlands yang sudah dibuang daripada Steam dan tidak lama lagi di GOG, 2K iaitu pemilik bagi IP Borderlands sedang berusaha untuk menyenaraikan kembali permainan tersebut.

Ia adalah penting kerana penceritaan di dalam permainan tersebut adalah sebahagian daripada penceritaan Borderlands yang bakal menerima permainan baharu tidak lama lagi.

Bagi yang sudah membuat pembelian di GOG, permainan tersebut akan terus kekal dan boleh dimuat turun, namun selepas 27 Mei ia tidak lagi boleh dibeli.


TIPS & ULASAN