Judgment Akan Dijual Semula Di Jepun Pada 18 Julai

Penjualan Judgment di Jepun telah dihentikan pada Mac lepas apabila pelakon bagi watak Kyohei Hamura di dalam permainan tersebut didapati bersalah penggunaan dadah.

SEGA kemudiannya mengumumkan pengeluaran untuk pasaran global akan masih dikekalkan iaitu pada bulan hadapan. Namun, pelakon serta rekaan watak tersebut diubah.

Minggu ini SEGA mengumumkan yang permainan tersebut akan dijual kembali di Jepun pada 18 Julai 2019 yang turut akan menerima suara dan rekaan baharu bagi watak tersebut.

Judgment akan dikeluarkan untuk Playstation 4 pada 25 Jun 2019.

Sohor Kini