Focus Home Interactive pada April lepas mengumumkan yang permainan koperasi mereka World War Z telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas seminggu dikeluarkan.

Minggu ini, selepas sebulan dikeluarkan mereka mengumumkan yang jumlah tersebut kini meningkat dan hampir mencecah 2 juta unit tetapi jumlah yang sebenar tidak dikongsikan.

Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga menyediakan satu video penghargaan buat permainan tersebut. World War Z sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC (Melalui Epic Games Store) pada 17 April 2019.

Sohor Kini