Pada Mac lepas, Area 35 mengumumkan yang permainan sambungan untuk Tiny Metal yang dikeluarkan pada 2017 iaitu Tiny Metal: Full Metal Rumble akan tiba tidak lama lagi.
Semasa pengumuman tersebut, ia diumumkan untuk Switch sahaja, minggu ini mereka mengesahkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk PC melalui Steam.
Tiny Metal merupakan siri permainan strategi secara turutan dimana permainan pertamanya dilancarkan pada Disember 2017 lepas. Ianya mendapat kritikan ramai terutamanya selepas kontroversi berkenaan pengarah permainan tersebut. Namun, berdasarkan pembangun, kontroversi tersebut telah pun diselesaikan dan tertuduh dilaporkan tidak bersalah.
Buat masa ini masih tiada pengumuman untuk tarikh pengeluaran yang dikongsi oleh mereka.