Informasi Permainan Video Terkini
Aksi Duke Caboom Akhirnya Dipertontonkan Dalam Video Acah Terbaru Toy Story 4

Aksi Duke Caboom Akhirnya Dipertontonkan Dalam Video Acah Terbaru Toy Story 4

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Filem animasi 3D Toy Story adalah antara filem animasi kegemaran saya. Saya mula tonton sejak zaman tadika lagi dan percaya atau tidak sehingga Toy Story 3m saya masih pergi ke panggung untuk menontonnya. Terkini, sekuel seterusnya akan tiba tidak lama lagi – Toy Story 4. Apa yang kita tahu dalam filem keempat Toy Story ini, Pixar akan memperkenalkan beberapa watak baru seperti Forky, Ducky dan Bunny, Duke Kaboom dan banyak lagi.

Dalam video acah terkini, aksi Duke Caboom akhirnya telah dipertontonkan. Tetapi apa yang menarik dengan Duke Caboom? Perkara yang paling menarik dengan Duke Kaboom adalah, suaranya dilakonkan oleh Keanu Reeves. Yang ramai kenali beliau dalam filem The Matrix atau yang sedang hangat sekarang John Wick. Duke Kaboom adalah sejenis permainan yang bertemakan seorang penunggang motosikal yang membuat aksi-aksi hebat.

Misi utama kawan-kawan Woody dalam filem ini adalah untuk mencari Forky. Forky adalah mainan ciptaan Bonnie yang diperbuat daripada garfu dan beberapa aksesori lain. Forky telah hilang ketika cuba melarikan diri. Dalam perjalanan mencari Forky, Woody dan kawan-kawan bertemu dengan Bonnie yang akhirnya membawa mereka berjumpa dengan Duke Kaboom.

Bagi yang tidak sabar ingin saksikan Toy Story 4 di pawagam, ia akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Jun ini. Sama-sama kita saksikan kelak.


TIPS & ULASAN