Skip to main content

Planet Coaster merupakan permainan simulasi pembinaan taman tema. Ia dibangunkan serta dikeluarkan oleh Frontier Developments pada tahun 2016 untuk PC.

Minggu ini mereka mengumumkan satu pek DLC baharu bagi permainan tersebut dan menariknya ia adalah berdasarkan siri popular Ghostbusters. Pek DLC tersebut akan menyertakan satu senario dan penceritaan tersendiri yang mengambil inspirasi daripada filem asal siri tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=5okzcJagaPI

Semasa melakukan senario tersebut, pemain akan ditemani oleh Raymond Stantz yang akan disuarakan oleh pelakon asal watak tersebut iaitu Dan Aykroyd. Selain itu, William Atherton juga akan menjadi pelakon suara bagi watak penjahat Walter Peck.

Mereka juga menjanjikan pelbagai barangan serta mekanik permainan baharu tetapi pengumuman lanjut akan dikongsikan termasuk juga tarikh ia dikeluarkan.

Planet Coaster: Ghostbusters diumumkan akan tiba tidak lama lagi dengan harga jualan $14.99 (~RM69), namun berdasarkan pek DLC yang lain, berkemungkinan ia juga akan dijual dengan harga RM40 melalui Steam.

Leave a Reply