Konsol Ouya merupakan konsol-mikro permainan video berdasarkan Android. Ia dikeluarkan pada tahun 2013 selepas kejayaan mengutip dana secara biayasama Kickstarter.

Namun, selepas pengeluaran, jualan konsol tersebut tidak memberangsangkan yang mengakibatkan Ouya Inc iaitu syarikat pengeluaran bagi konsol tersebut mengalami masalah kewangan.

Pada tahun 2015, Razer mengumumkan yang mereka mendapatkan hak untuk perisian bagi konsol tersebut manakala konsol tersebut sendiri tidak lagi dikeluarkan.

Pasukan pembangun Ouya yang menyertai Razer, kemudiannya mengeluarkan Forge TV yang turut dihentikan pengeluarannya pada tahun 2016. Perkhidmatan untuk Forge TV tersebut juga akan dihentikan pada 25 Jun 2019.

Minggu ini, Razer mengumumkan segala perkhidmatan serta sokongan berkait dengan konsol tersebut akan dihentikan pada 25 Jun 2019. Kesemua akaun pengguna akan ditutup. Perisian yang sudah dibeli, boleh dimuat turun sehingga 25 Jun, selepas itu ia tidak lagi boleh diakses.

Bolehlah kita mengucapkan selamat tinggal kepada Ouya, satu konsol yang menjadi terkenal tetapi tidak berjaya.

Sohor Kini