Informasi Permainan Video Terkini
Ventrue Adalah Puak Seterusnya Diumumkan Untuk Vampire: The Masquerade Bloodlines 2
PC

Ventrue Adalah Puak Seterusnya Diumumkan Untuk Vampire: The Masquerade Bloodlines 2

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Seperti kita sedia maklum di dalam permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 pemain akan bermula sebagai Thinblood yang boleh dikatakan sebagai berada di kasta terbawah.

Pemain kemudiannya boleh memilih untuk menyertai puak Vampire yang berlainan serta mempunyai lebih banyak kuasa. Pemain dapat memilih satu daripada 5 puak yang ada. Setakat ini, Paradox Interactive telah memperkenalkan tiga puak iaitu Brujah, Tremere, dan Toreador.

Puak seterusnya yang diumumkan adalah Ventrue. Mereka merupakan puak Vampire yang mengawal dunia perniagaan di Seattle. Mereka boleh dikatakan sebagai pakar di dalam kepimpinan sehingga digelar sebagai puak Raja.

Seperti puak lain, mereka juga mempunyai dua disiplin iaitu Dominate yang mempunyai dua kebolehan – Mesmerize yang boleh membuatkan sesiapa yang terkena tidak dapat melihat, mendengar dan juga merasa sakit. Ia boleh digunakan dengan kebolehan kedua iaitu Command yang membolehkan mengawal sesiapa yang terkena Mesmerize. Mengunakan kuasa ini bukan satu kesalahan.

Disiplin kedua adalah Fortitude yang mempunyai dua kebolehan iaitu Absorb yang membolehkan bertahan daripada serangan dan merawat luka yang terkena. Manakala kebolehan seterusnya adalah Personal Armor menjadikan kulit sekeras batu. Menggunakan kuasa ini di khalayak ramai adalah satu kesalahan.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN