Skip to main content

Pejabat Paten dan Hakcipta Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan paten yang difailkan oleh Sony. Menariknya, paten tersebut memperlihatkan alat kawalan yang mempunyai kamera terpasang.

Tambah menarik lagi, paten tersebut bukanlah mengenai alat kawalan yang mempunyai kamera sebaliknya ia memfokuskan penggunaan kamera tersebut iaitu untuk menghasilkan emoji berdasarkan riak wajah terkini seperti animoji di peranti iOS.

Emoji yang dihasilkan tersebut kemudiannya boleh dihantar kepada pemain lain yang sedang bermain bersama. Seperti biasa, ini adalah paten sahaja dan tidak semestinya akan dijadikan sebagai realiti.

Secara jujurnya, jika ingin diikutkan pelbagai perkara yang saya inginkan, sistem ini bukanlah keutamaan.

Leave a Reply