Pilihan adalah satu perkara yang baik, pemain di PC mempunyai pelbagai tempat untuk mereka membeli permainan video secara digital. Namun, bersama dengan pilihan tersebut, disertakan juga klien-klien mereka tersendiri.
Ini menyebabkan permainan berada di pelbagai tempat. GOG yang juga merupakan salah satu pilihan tempat membeli permainan video mengumumkan versi baharu untuk GOG Galaxy iaitu klien bagi permainan mereka.
Berbeza dengan Steam ataupun Epic Games Store, GOG Galaxy adalah tidak diwajibkan kerana setiap pembelian di GOG pemain akan diberikan permainan tanpa DRM yang boleh di pasang tanpa menggunkan sebarang klien.
Melalui GOG Galaxy 2.0, mereka menyatakan pemain kini boleh import kesemua permainan daripada pelbagai klien lain, jadi pemain secara teorinya hanya perlu membuka satu klien sahaja.
Menariknya, mereka juga mengatakan yang GOG Galaxy 2.0 masih mempunyai pencapaian yang akan dijejak secara rentas platform. Selain menjanjikan kawalan perpustakaan yang lebih mesra, mereka juga bakal membolehkan pemain mencari permainan untuk dibeli walaupun di platform lain.
Buat masa ini, klien tersebut masih di peringkat Beta dan anda boleh mendaftar minat untuk berpeluang mencuba lebih awal menggunakan pautan kami sertakan di bawah.
[info]Beta: GOG Galaxy 2.0[/info]