Skip to main content

Awal minggu ini, Codemasters mengumumkan bahawa mereka akan membawa semula permainan perlumbaan GRID ke konsol Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang September ini.

Terkini, mereka memperlihatkan bentuk perlumbaan permainan tersebut buat litar yang terdapat di bandaraya San Francisco dan Shanghai.

Melalui video acah yang dikongsikan di IGN, video tersebut memperlihatkan bentuk perlumbaaan yang mana pemain boleh berlumba di 2 lokasi iaitu San Francisco dan Shanghai. Menurut laporan, permainan ini akan mempunyai 12 lokasi berbeza yang pemain boleh berlumba. Dari segi kenderaan pula, video tersebut memperlihatkan kenderaan Porshe RSR 911 dan Ford Mustang Mach 1.

Buat masa ini, informasi lanjut belum dikongsikan dan video tersebut juga menyatakan bahawa bentuk perlumbaan yang dikongsikan adalah masih lagi di dalam pembangunan.

Bagi anda yang berminat dengan permainan perlumbaan GRID baharu ini, sama-sama kita nantikan menjelang September ini.

Leave a Reply