Sebelum ini kami berkongsi yang mana The Pokemon Company akan melancarkan permua Pokémon Rumble Rush di peranti Android namun ianya terhad buat pasaran Australia. Kini, permua tersebut akhirnya tiba secara global (Termasuk Malaysia) di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui peranti Android di Google Play Store.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua ini memfokuskan pemain untuk mengumpul dan melatih Pokemon anda sendiri. Dengan bentuk permua gerak-pantas, permua ini boleh dimainkan dengan hanya satu tangan sahaja melalui bentuk menatal skrin sesentuh peranti anda.

Buat masa ini, versi Android sahaja yang dilancarkan dan versi iOS akan tiba kemudian. Seperti biasa, permua ini boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah dan ianya juga akan menyertakan sebilangan kandungan mikro-transaksi yang pemain boleh beli.

Muat-Turun Android: Pokémon Rumble Rush

Sohor Kini