Melalui laporan Reuters, Tencent dan Riot Games hari ini dilaporkan akan membawa permainan MOBA terkenal mereka, iaitu League Of Legends ke peranti telefon pintar.

Dari segi imej mahupun video acah, buat masa ini ianya tidak lagi diumumkan secara rasmi. Namun menurut laporan tersebut, permua tersebut telah pun dibangunkan lebih dari setahun dan mungkin tidak akan dilancarkan tahun ini.

Semestinya dengan pengumuman ini, Tencent sendiri mungkin akan bersaing dengan permua MOBA mereka sendiri iaitu Honour Of Kings (Dikenali Arena Of Valor di pasaran Malaysia). Meskipun begitu, dengan populariti permainan League Of Legends buat pasaran global, semestinya membawanya ke arena telefon pintar adalah satu pilihan yang sangat bijak dengan perkembangan permainan mudah-alih yang semakin meningkat sekarang ini.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini