Skip to main content

JFi Games dan Jera Game Studio minggu ini memperlihatkan video acah baharu, Dusk Diver melalui saluran rasmi Playstation. Menariknya, permainan ini dibangunkan oleh pembangun dari Taiwan dan ianya bertempatkan di bandar Ximending, iaitu lokasi terkenal di negara Taiwan.

Dusk Diver meletakan pemain untuk bermain sebagai seorang gadis sekolah menengah bernama Yang Yumo di mana beliau akan bertempur dengan pelbagai raksasa di lokasi bandaraya Ximending. Pertama kali kami menonton video acah ini, ianya mengingatkan kami dengan permainan Persona 5 dan Tokyo Mirage Session dengan bertemakan bandaraya seakan Shibuya.

https://www.youtube.com/watch?v=Zk7GcIer4vE

Melalui video acah bentuk permainan di atas, permainan ini sememangnya kelihatan sangat menarik dengan bentuk aksi pengembaraan dan pertempuran yang pantas dengan pelbagai kemahiran. Sudah pasti kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut kelak setelah ianya diumumkan.

Dusk Diver sebelum ini telah pun dilancarkan di Steam secara permainan akses awal. Menurut penerbit, permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch pada suku ketiga tahun ini secara global dengan sokongan bahasa Jepun, China dan juga Inggeris.

Leave a Reply