Informasi Permainan Video Terkini
Kolaborasi Fortnite Dan Kasut Jordan Menyertakan Pelbagai Kostum Baharu

Kolaborasi Fortnite Dan Kasut Jordan Menyertakan Pelbagai Kostum Baharu

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Epic Games dan Nike hari ini mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama untuk membawa acara khas di permainan Fortnite di mana pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kostum baharu khas yang bertemakan kasut Jumpman Michael Jordan.

Seperti kebanyakkan acara-acara yang diumumkan oleh Fortnite ini, acara ini juga adalah terhad dan bukan sahaja pemain boleh dapatkan pelbagai kostum menarik melalui pembelian V-Bucks, Epic Games juga bakal menyertakan pelbagai rekaan papan luncur khas apabila pemain melengkapkan sebilangan cabaran di lokasi Downtown Drop LTM.

Bagi anda yang berminat dengan kostum tersebut, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya di Fortnite sekarang.


TIPS & ULASAN