Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah mangkat pagi tadi di Institut Jantung Negara. Kemangkatan beliau pastinya diratapi kesemua warga Pahang. Kerana kemangkatan beliau, tempoh berkabung selama 40 hari telah diumumkan pada seluruh jajahan negeri Pahang.

Bagi menghormati tempoh berkabung ini, pihak Golden Screen Cinemas telah mengumumkan penutupan panggung mereka di East Coast Mall, Berjaya Kuantan dan Mentakab Star Mall bermula hari ini hingga 25 Mei. Operasi akan dimulakan semula pada 26 Mei.

Bagi pelanggan yang telah melakukan pembelian tiket, proses pembayaran semula akan dilakukan dalam masa tujuh hari mulai 26 Mei. Untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pembayaran balik, pelanggan boleh menghubungi GSC menerusi Facebook atau emel.

Sohor Kini