Paradox Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka kini mengemaskini permainan Stellaris: Console Edition dengan bentuk multi-pemain secara percuma di konsol Playstation 4 dan Xbox One.
Melalui bentuk multi-pemain tersebut, pemain kini berupaya untuk bermain secara atas-talian sehingga 4 pemain serentak dan bermain bersama sama ada secara koperasi ataupun bertempur antara satu sama lain.
Stellaris: Console Edition merupakan permainan strategi yang memfokuskan pengembaraan angkasa lepas. Ianya sebelum ini dilancarkan di PC dan kemudiannya dilancarkan di konsol pada Februari lepas di mana ianya boleh dibeli dengan harga RM171 di Playstation 4.
Paradox Interactive juga sebelum ini melancarkan kemaskini dua DLC baharu untuk pek penceritaan Leviathans dan Plantoids. Mrenjelang tahun ini, mereka juga bakal membawa penambahan Utopia yang mana ianya bakal tiba kelak di PC dan konsol.
Semestinya dengan bentuk dan kandungan multi-pemain, permainan ini pasti akan menjadi lebih menarik di mana ianya bukan sahaja mempunyai bentuk strategi yang mendalam, malah pengembaraan di dalam dunia yang galaksi yang terjana sendiri yang pasti akan membawa pengalaman bermisteri angkasa lepas buat pemain.
Bagi anda yang memiliki permainan ini di konsol anda, pastikan anda memuat-turun kemaskini terkini untuk mendapatkan kandungan multi-pemain tersebut.