Skip to main content

Permainan perlumbaan Team Sonic Racing akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini di mana anda boleh dapatkannya di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sekaligus, bersempena dengan pelancaran tersebut, SEGA melancarkan video acah khas yang memperlihatkan bentuk aksi-nyata buat permainan tersebut.

Melalui video acah tersebut, SEGA memperlihatkan sebilangan pelumba yang berlumba di kedai runcit dengan menggunakan troli membeli-belah. Semestinya video acah tersebut tidak langsung berkaitan dengan filem aksi-nyata Sonic yang diumumkan baru-baru ini, tetapi ianya masih lagi membuat kami mengingati berkenaan filem tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Team Sonic Racing adalah permainan perlumbaan arked yang memfokuskan bentuk berpasukan di mana ianya menyertakan pelbagai watak-watak dari dunia permainan Sonic dan menyertakan 21 litar untuk pemain berlumba. Permainan dibangunkan oleh Sumo Digital dan diterbitkan oleh SEGA.

Dengan bentuk gerak-pantas, permainan inin akan menyertakan mod bermain secara solo dan juga secara multi-pemain di mana ianya dilancarkan secara fizikal dan digital buat kesemua platform konsol terkini dan di PC.

Bagi anda berminat untuk mendapatkan permainan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk membelinya di platform pilihan anda dengan harga bermula RM162.

Leave a Reply