Falling Squirrel hari ini mengumumkan satu permainan khas, The Vale yang mana ianya akan memfokuskan bentuk permainan secara audio dan dibangunkan khas buat pemain yang mempunyai kecacatan penglihatan.

Permainan tersebut akan dilancarkan Ogos ini di PC melalui Steam dan ianya meletakkan pemain di era ‘Medieval’ dengan naratif yang sangat mendalam.

Menurut pembangun, permainan ini lebih baik dimainkan dengan menggunakan fon kepala di mana ianya akan mempunyai audio imersif dengan elemen RPG. Menariknya, permainan tersebut boleh dimain dalam tempoh masa 5 jam sahaja dan bagi anda yang mempunyai kecacatan penglihatan, semestinya ini adalah satu permainan yang sangat menarik sekali untuk dicuba.

Bagi anda yang berminat dan ingin berkongsi bersama rakan anda yang mempunyai kecacatan penglihatan, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut untuk mengetahui informasi lanjut.

Layari: The Vale

Sohor Kini