Beberapa minggu lepas, Konami mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan kad Yu-Gi-Oh! Legacy Of The Duelist: Link Evolution ke pasaran global buat konsol Switch. Terkini, tarikh pelancaran tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi di mana ianya akan dilancarkan pada 20 Ogos 2019 ini.

Seperti laporan kami sebelum ini, permainan ini adalah edisi tambahan buat Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist di mana ia sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Dengan lebih dari 9,000 kad, permainan ini akan membenarkan pemain untuk bertempur kad secara multi-pemain atas-talian dan juga mengembara di dalam dunia penceritaan Yu-Gi-Oh! secara solo. Menariknya, permainan ini akan berdasarkan siri animenya yang terdiri daripada era Yu-Gi-Oh! asal, Yu-Gi-Oh! ARC-V dan Yu-Gi-Oh! VRAINS!

Bagi anda yang berminat, permainan ini akan dilancarkan secara digital dan fizikal di mana pra-tempahan digital sudah pun boleh dibuat melalui laman Nintendo eShop dengan harga $39.99(~RM168).

Menariknya, bagi anda yang ingin dapatkan edisi fizikal buat permainan tersebut, Konami akan menyertakan 3 kad nyata khas iaiatu Progleo, Micro Coder dan Cynet Codec.

Jangan lepaskan anda untuk menyelami kembali di dunia kad Yu-Gi-Oh! menjelang Ogos ini.

Sohor Kini