Bagi anda yang bermain permainan Kingdom Hearts 3 yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini, anda pasti agak kecewa di mana permainan tersebut tidak langsung menyertakan watak-watak daripada siri Final Fantasy. Sekaligus untuk melihat watak seperti Cloud, Aerith mahupun Sephiroth dengan visual grafik enjin permainan Unreal Engine 4 tidak tercapai.
Meskipun begitu, anda tidak perlu khuatir di mana bagi anda yang memiliki permainan perlawanan Dissidia Final Fantasy NT yang dilancarkan oleh Square-Enix sebelum ini, mereka mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kostum khas buat watak Squall, ataupun dikenali sebagai Leon di dalam Kingdom hearts dan juga kostum Cloud berdasarkan permainan Kingdom Hearts. Menariknya juga, kostum tersebut juga akan menyertakan senjata-senjata khas buat kedua-dua watak Leon dan Cloud ketika mereka berada di dalam Kingdom Hearts.
Menurut kenyataan Square-Enix, kostum tersebut akan tiba sebagai penambahan DLC berbayar bermula 5 Jun ini khas melalui permainan arked Dissidia Final Fantasy dan juga permainan Dissidia Final Fantasy NT. Buat masa ini harga kostum tersebut masih belum diumumkan, namun kami menyasarkan ianya akan dijual dengan harga sekitar RM53, memandangkan harga kostum buat watak-watak lain adalah sekitar harga tersebut.
Bagi anda yang ingin melihat watak Squall dan Cloud beraksi dengan kostum tersebut, anda boleh ke video acah dibawah.
Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas dan pada Mac lepas ianya juga dilancarkan di PC bersama-sama dengan edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu.