Skip to main content

Bagi anda yang bermain permainan Days Gone, anda pasti tahu berkenaan masalah permainan tersebut yang mana ianya mempunyai beberapa pepijat yang merosakkan pengalaman sesi permainan, terutamanya pepijat yang berkaitan misi sampingan ‘Marauder Camp Hunter’ di mana ianya tidak merekodkan kemajuan pemain.

Terkini, melalui kemaskini 1.09 dengan bersaizkan hampir 13GB, Bend Studio akhirnya membaiki pepijat tersebut. Selain daripada itu, Bend Studio juga membaiki pelbagai lagi masalah lain seperti masalah permainan tergendala dan juga pencahayaan ketika di lokasi Crater Lake.

Bagi anda yang mempunyai permainan ini, pastikan anda memuat-turun kemaskini permainan secara percuma melalui tetapannya di konsol Playstation 4 anda.

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio, eksklusif di konsol Playstation 4. Ianya dilancarkan April lepas dan kami di Aksiz sudah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut di mana anda boleh menonton atau membacanya dibawah.

Leave a Reply