Valve Lancarkan Aplikasi Steam Chat Buat iOS Dan Android

Bagi anda yang ingin sentiasa mengetahui apakah permainan yang dimain oleh rakan-rakan anda ataupun bersembang bersama mereka di Steam di mana-mana sahaja, Valve hari ini melancarkan satu aplikasi khas, Steam Chat yang mana ianya membenarkan anda untuk berbual di Steam melalui telefon pintar.

Sebelum ini, Valve sememangnya mempunyai aplikasi mereka sendiri di telefon pintar, namun ianya agak terhad dari segi penggunaan. Sekaligus, Valve melancarkan satu aplikasi lain khas untuk memudahkan pemain untuk berhubung antara satu sama lain.

Sememangnya aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat-turun dan ianya menyertakan pelbagai fungsi keupayaan melihat senarai kawan, bualan yang pelbagai dengan fungsi GIF, emotikon dan sebagainya. Selain itu, anda juga berupaya untuk menyertai kumpulan bualan, pengubah-suaian notifikasi dan menghasilkan pautan jemputan.

Akan tetapi, buat masa ini aplikasi ini masih belum mempunyai sokongan perbualan bersuara dan menurut Valve, mereka akan mengemaskininya pada masa akan datang dengan pelbagai pernaik-taraf untuk aplikasi Steam Chat dan juga aplikasi Steam.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turunnya dibawah secara percuma.

Muat-Turun iOS: Steam Chat

Muat-Turun Android: Steam Chat

Sohor Kini