Skip to main content

Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi DLC kedua ‘Lost Demonios’ buat permainan Just Cause 4 akan dilancarkan pada 3 Julai 2019 ini secara rasmi di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Seperti DLC sebelum ini, bagi anda yang memiliki pas musim dan edisi emas permainan tersebut, anda kaan mendapat DLC ini lebih awal iaitu pada 26 Jun 2019. Ini merupakan DLC kedua daripada 3 bahagian DLC yang mana DLC pertama ‘Dare Devils Of Destruction’ telah pun dilancarkan April lepas.

DLC Los Demonios kali ini sekali lagi akan membawa pemain untuk mengembara bersama Rico dan Javi, di mana mereka akan menyiasat makam baharu di kawasan Solis. Melaluinya, ahli arkeologi Black Hand secara tidak sengaja melepaskan satu tenaga dan kuasa syaitan yang menyebabkan ianya terlepas di persekitaran tersebut.

Dengan itu, pemain perlu bertahan dan bertempur dengan pelbagai jenis makhluk dan raksasa syaitan dengan pelbagai jenis senjata baharu seperti Demon Crossbow dan Demon Egg Supply Drop. Menariknya, mod Liberation daripada permainan Just Cause 3 sebelum ini juga kembali melalui kemaskini ini.

Selain itu, bersempena dengan pengumuman ini, Square-Enix juga melancarkan kemaskini khas buat permainan Just Cause 4 yang mana ianya menyertakan pelbagai pembaikan visual grafik dan bentuk permainan untuk pengalaman permainan yang lebih lancar.

Just Cause 4 telah pun dilancarkan Disember tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut di mana anda boleh ke pautan dibawah.

Leave a Reply