Informasi Permainan Video Terkini
Acara Ulang Tahun Overwatch Ke-3 Kini Bermula – Menyertakan Pelbagai Kostum Dan Mod Permainan
PC

Acara Ulang Tahun Overwatch Ke-3 Kini Bermula – Menyertakan Pelbagai Kostum Dan Mod Permainan

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Bermula hari ini sehingga 11 Jun 2019 ini, Blizzard mengadakan acara khas sempena ulang tahun ke-3 buat permainan multi-pemain penembak pandang pertama arena, Overwatch.

Menariknya, melalui acara ini Blizzard menyediakan pelbagai kostum-kostum dan kandungan menarik yang pemain boleh dapatkan dengan bermain Overwatch. Antaranya, Blizzard juga menyediakan satu kotak tikam khas buat mereka yang log masuk ketika acara tersebut berlangsung.

Selain itu, Blizzard juga membawa kembali pelbagai mod Brawl sebelum ini seperti mod Summer Games, Halloween Terror, Winter Wonderland, Lunar New Year dan Overwatch Archives yang mana sebelum ini hanya boleh dimainkan ketika acara bermusim sahaja.

Namun, kesemua mod permainan tersebut akan boleh dimainkan secara berperingkat di mana minggu pertama akan mod Brawl tersebut akan mempunyai kitaran yang berbeza setiap hari. Untuk jadual mod Brawl tersebut anda boleh ke pautan rasmi Blizzard.

Selain daripada membawa kostum-kostum baharu, bagi anda yang terlepas kostum-kostum yang dilancarkan sebelum ini, anda juga berpeluang untuk mendapatkannya sebelum dengan membuka kotak tikam di dalam Overwatch ketika acara ulang tahun ini berlangsung. Untuk senarai-senarai kostum dan kandungan yang anda boleh dapatkan, anda boleh ke pautan rasmi Overwatch.

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan Overwatch, Blizzard juga mengadakan sesi percubaan khas yang mana anda boleh bermain Overwatch secara percuma bermula minggu ini sehingga 28 Mei 2019 ini. Untuk informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke laman rasmi Overwatch.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai kostum-kostum menarik khas buat permainan Overwatch bermula minggu ini sehingga Jun kelak.


TIPS & ULASAN