Sebelum ini kami berkongsi yang mana Game Informer mempertontonkan 11 minit bentuk permainan bagi permainan seram The Dark Pictures; Man Of Medan. Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, ianya adalah permainan seram yang dibangunkan oleh Supermassive Games, iaitu mereka terkenal dengna permainan seram Until Dawn di Playstation 4 beberapa tahun lepas.

Terkini melalui video acah oleh Bandai Namco, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi buat permainan tersebut di mana ianya bakal dilancarkan pada 30 Ogos 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini adalah permainan antologi seram khas yang memfokuskan bentuk naratif dengan pelbagai cabang penceritaan berdasarkan pilihan pemain. Melaluinya Man Of Medan, pemain akan mengembara di dalam kapal berhantu dan setiap pilihan pemain akan memberi kesan terhadap watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Menariknya, Bandai Namco jgua berkongsi yang mana buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti akses awal dan dapat melihat beberapa adegan kurator khas.

Bagi anda yang meminati permainan seram, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan ini menjelang Ogos ini.

Sohor Kini