Bagi anda yang mengikuti perkembangan industri permainan video, anda pasti mengetahui berkenaan Josef Fares iaitu salah satu pengarah filem dan permainan video yang terkenal beberapa tahun lepas selepas tindakan beliau di acara anugerah The Game Awards.

Beliau merupakan pengarah untuk permainan A Way Out yang diulaskan oleh kami sebelum ini di mana terkini, permainan pertama yang diarah oleh beliau iaitu Brothers: A Tale Of Two Sons kini diumumkan bakal dilancarkan di Switch pada minggu hadapan.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan di Xbox 360, Playstation 3 dan PC beberapa tahun lepas. Ianya kemudian dilancarkan semula di Playstation 4 dan Xbox One bersama-sama dengan versi permua di peranti iOS dan Android.

Terkini melalui versi Switch, menurut 505 Games, mereka akan menyertakan mod permainan secara dua pemain baharu khas yang dibangunkan buat konsol Switch. Informasi berkenaan bentuk kawalan tersebut tidak dikongsikan, namun kami percaya ianya akan membenarkan pemain untuk bermain menggunakan dua alat kawalan JoyCon serentak.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permain ini, ianya akan dilancarkan pada 28 Mei 2019 ini khas di Switch melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini