Skip to main content

Nexon dan Final Strike Games minggu ini mengumumkan permainan penembak arena baharu iaitu Rocket Arena yang mana ianya akan memfokuskan bentuk penembak pandang pertama multi-pemain dengan 3 lawan 3.

Menurut Nexon, permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Menariknya juga, beta tertutup permainan ini juga bakal di adakan minggu ini dan pendaftarannya kini dibuka.

https://www.youtube.com/watch?v=8gG-pnIaEaU

Rocket Arena memfokuskan bentuk penembak arena namun ianya mempunyai sedikit perbezaan di mana sesi pertempurannya memfokuskan untuk menembak musuh ke luar dari arena. Ini sekaligus mengingatkan kami bentuk permainan seakan Super Smash Bros. tetapi di dalam bentuk penembak pandang pertama. Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis watak yang pemain boleh gunakan dengan pelbagai jenis kemahiran dan senjata yang berbeza.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan tersebut termasuklah watak-watak dan mod-mod yang akan tersedia buat permainan ini, anda boleh ke laman rasmi Rocket Arena.

Nexon juga menyatakan bahawa mereka bakal mengadakan sesi beta tertutup di PC di mana anda boleh membuat pendaftaran di laman rasmi Rocket Arena. Menariknya, buat mereka yang menyertai beta tertutup ini, mereka akan menyertakan ganjaran khas senjata Pulsar Megablast dan barangan Plasma Return Trail setelah ianya dilancarkan kelak. Menurut Nexon, pendaftaran permainan tersebut akan tamat pada 1 pagi pada 23 Mei ini.

Dari segi tarikh dan masa beta tertutup pula, ianya akan berlangsung secara 3 peringkat bermula:

  • Fasa 1 – 24 Mei Jumaat, 1 pagi hingga 1 petang
  • Fasa 2 – 25 Mei Sabtu, 1 pagi hingga 1 petang
  • Fasa 3 – 26 Mei Ahad, 1 pagi hingga 1 petang

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Rocket Arena ini, jangan lupa untuk mendaftarkan diri dan berpeluang untuk mencubanya lebih awal.

Leave a Reply