PlayStack dan Maze Theory hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan realiti-maya baharu berdasarkan siri tv terkenal, iaitu Doctor Who: The Edge Of Time.
Menurut PlayStack, permainan ini akan memfokuskan bentuk pengembaraan realiti-maya yang memfokuskan Doctor yang dilakonkan oleh Jodie Whittaker. Dengan penyertaan gajet ikonik Sonic Screwdriver, pemain akan menyelesaikan pelbagai jenis tekaria, bertempur dengan raksasa dan pada masa yang sama bertemu dengan pelbagai watak-watak daripada siri TV tersebut.
Menariknya, pemain juga berupaya untuk mengendali TARDIS dan mengembara di dalam dunia tersebut untuk mendapatkan semula kristal masa yang akan menyelamatkan alam semesta.
Menurut PlayStack, permainan ini dibangunkan oleh Maze Theory yang mana studio tersebut diketuai oleh bekas pembangun daripada Activision dan Playstation. Doctor Who: The Edge Of Time akan dilancarkan pada September 2019 ini di Playstation VR, Oculus Rift, Oculus Quest, HTC VIVE dan VIVE Cosmos.