Informasi Permainan Video Terkini
Tiket Spider-Man Far From Home Kini Boleh Dibeli Di TGV

Tiket Spider-Man Far From Home Kini Boleh Dibeli Di TGV

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Spider-Man Far From Home adalah filem ke-23 MCU dan ia berada dalam fasa ketiga. Filem ini berlaku di pasca Avengers: Endgame, di mana selepas peperangan antara pasukan Avengers dan pasukan Thanos berlaku dan Iron Mati – Peter teruskan hidup beliau sebagai seorang adiwira di kejiranan bandar yang beliau tinggal. Musuh dalam filem ini adalah Elementals dan dalam video acah, Spider-Man berpasangan bersama Mysterio untuk tumpaskan Elementals.

Filem ini akan ditayangkan pada 3 Julai 2019. Terdapat lebih 1 bulan lagi sebelum filem ini ditayangkan dan tiket sudah pun boleh dibeli. TGV Cinemas telah mula menjual tiket Spider-Man: Far From Home. Walau bagaimanapun tiket yang dijual adalah untuk tarikh tayangan 4 Julai 2019 dan masa tayangan antara 9 malam dan 9:30 malam. Harga tiket adalah bermula dari RM17 untuk dewan biasa dan boleh mencecah sehingga RM20 untuk IMAX.

Apa yang menjadi persoalan buat filem ini adalah, adakah Mysterio baik ataupun di sebaliknya? Misteri hanya akan terjawab jika anda adalah antara yang terawal menonton filem ini. Sama-sama kita saksikan kelak.

Beli Tiket Spider-Man: Far From Home Awal Di TGV


TIPS & ULASAN