Epic Games Store seperti kita sedia maklum sedang melakukan jualan promosi mega mereka, dan seperti jualan promosi yang lain sudah semestinya ada pemain yang ingin mendapatkan beberapa permainan dengan segera.

Namun, masalah dengan kedai dalam talian tersebut adalah ia tidak mempunyai shopping cart, setiap pembelian mesti kena melalui pembayaran secara terus.

Perkara ini biasanya akan mencetus masalah dengan penyedia kad kredit ataupun kad debit yang akan menyekat pembelian seterusnya sebelum mendapat pengesahan daripada anda yang transaksi tersebut adalah benar.

Manakala untuk Epic Games Store, mereka sendiri akan menyekat akaun yang membuat beberapa pembelian dalam jangka masa pendek untuk mengelak penipuan. Menurut pengguna Epic Games Store Patrick Boivin melalui kicauan di akaun Twitter beliau mengatakan akaun beliau disekat selepas membeli 5 permainan berturut-turut.

Walaupun Epic Games Store mengatakan beliau boleh menghubungi bahagian sokongan, akan tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat jika mereka menyediakan shopping cart.

Sohor Kini