Skip to main content

Sony Interactive Entertainment minggu ini menubuhakan PlayStation Productions iaitu satu studio produksi filem yang akan memfokuskan kepada judul siri permainan mereka.

Studio tersebut akan diketuai oleh Asad Qizilbash dan diselia oleh pengerusi SIE Worldwide Studios Shawn Layden. Menariknya berbeza dengan filem-filem berdasarkan permainan video yang lain, mereka sendiri akan mengurus produksi filem tersebut manakala Sony Pitcures akan bertanggungjawab untuk mengedarkan filem-filem mereka.

Mereka berharap dengan mengurus sendiri, mereka dapat menghasilkan satu filem yang lebih baik kerana mereka lebih mengenali siri permainan mereka sendiri.

Menjadikan Marvel sebagai contoh, bergantung kepada judul ia mungkin akan dijadikan sebagai filem ataupun siri TV. Penumbuhan studio ini adalah bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas CEO Sony iaitu Kaz Hirai pada tahun lepas yang mengatakan mereka ingin memperbanyakkan filem berdasarkan permainan video.

Adakah kita akan mendapat PlayStation Cinematic Universe tidak lama lagi?

Leave a Reply