Seperti yang dijanjikan oleh Ubisoft sebelum ini berkenaan permainan Rainbow Six Siege bagi kandungan tahun ke-4, Ubisoft hari ini mengumumkan kandungan seterusnya buat musim ke-2 bagi tahun ini iaitu Operation Phantom Sight yang mana ianya menyertakan sebilangan kemaskini dan dua Operator baharu.
Dua operator baharu tersebut adalah Warden dan Nøkk di mana kedua-duanya mempunyai kemahiran yang tersendiri.
Warden merupakan operator berkelaskan pertahanan yang mana beliau mempunyai satu jam tangan pintar dan kaca mata pintar yang berupaya untuk membantu pemain ketika bertempur. Melalui kaca mata tersebut, Warden boleh menggunakannya untuk tidak terkesan dengan sebarang bom tangan kilat dan asap.
Manakala Nøkk pula adalah watka berkelaskan serangan di mana beliau juga mempunyai sebilangan gajet yang menarik dan antaranya adalah beliau berupaya untuk menghilangkan diri dan menukar menjadi halimunan.
Ubisoft juga mengemaskini beberapa lokasi termasuklah pentas Kafe Dostoyevsky di mana terdapat beberapa perubahan dari segi taktikal di lokasi tersebut.
Operation Phantom Sight buat Rainbow Six Siege akan tiba dalam masa terdekat ini dan buat masa ini tarikh rasmi masih belum diumumkan. Namun, menurut Ubisoft bagi mereka yang ingin mencuba kesemua kemaskini baharu tersebut lebih awal, mereka akan melancarkan pelayan khas melalui PC pada 21 Mei ini.