Skip to main content

Sebelum ini, Game Informer berkongsi bentuk permainan watka Ms. Marvel dan Spider-Man(Miles) yang mana ianya memperlihatkan sebilangan bentuk aksi dan kemahiran buat watak tersebut buat permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order.

Terkini, 3 lagi watak baharu yang dikongsikan oleh merkea iaitu Wolverine, Hawkeye dan Spider-Gwen di mana video aksi buat ketiga-tiga watak tersebut anda boleh menontonnya dibawah.

Melalui kedua-dua video di atas, mereka memperlihatkan sebilangan bentuk kemahiran dan serangan yang boleh lakukan oleh kedua-dua adiwira tersebut. Menariknya, memandangkan watak Wolverine berupaya untuk menyembuh diri di dalam dunia adiwira Marvel tersebut, ini sekaligus membenarkan beliau mempunyai bentuk permainan untuk menyembuh diri secara bersama.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order akan dilancarkan secara eksklusif di Switch pada 19 Julai 2019 ini.

Leave a Reply