Minecraft menyambut ulang tahun ke-10 mereka hari ini, selain mengumumkan yang ia adalah antara permainan paling banyak terjual, Mojang dan Microsoft juga mengumumkan permainan baharu berdasarkan siri tersebut.
Ia adalah Minecraft Earth, iaitu permainan realiti-terimbuh (AR) berdasarkan siri permainan sandbox tersebut untuk iOS dan Android. Melaui permainan mudah alih ini, pemain boleh menghasilkan rekaan sendiri seperti rumah ataupun istana dan meletakkannya di dunia nyata.

Pembinaan tersebut boleh turut dikongsikan kepada pemain lain, untuk street cred ataupun untuk bekerjasama membina sesuatu yang lebih besar dan menarik.
Selain itu, pemain juga boleh mengumpul pelbagai binatang (atau lebih dikenali sebagai mobs) yang terdapat di persekitaran anda yang sudah semestinya memerlukan anda mengembara (berjalan). Terdapat juga pelbagai mobs yang akan menyerang anda, jadi permainan ini juga akan menyertakan pertempuran.
Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan, akan tetapi anda boleh mendaftar minat untuk berpeluang mencuba permainan tersebut lebih awal.
[info]Minecraft Earth: Daftar Minat[/info]