Epic Games Store sedang menganjurkan jualan promosi pertama mereka dan walaupun ia adalah satu jualan promosi yang baik tetapi tampaknya ia juga mencetus beberapa masalah.
Antara masalah yang tercetus adalah jualan promosi ini juga menyertakan permainan yang masih di peringkat pra-tempah. Harga yang lebih murah untuk permainan yang masih tidak dikeluarkan mungkin akan mencetus masalah apabila jualan promosi tersebut berakhir.
Oleh disebabkan itu, dua permainan iaitu Vampire: The Masquerade โ Bloodline 2 yang dijual dengan harga RM58 sahaja walaupun akan dikeluarkan pada tahun 2020 serta permainan Oxygen Not Included telah menarik penyenaraian daripada Epic Games Store. Ia akan kembali apabila jualan promosi berakhir.
Walaupun $10 diskaun untuk kesemua permainan yang berharga lebih pada $14.99 akan dibayar oleh Epic Games sendiri akan tetapi nampaknya sesetengah pembangun tidak selesa untuk menawarkan diskaun terlalu awal.
Masalah seterusnya adalah sesetengah permainan akan dipotong harga sebanyak dua kali. Contohnya jika permain yang berharga $30 asalnya dan menerima potongan harga sebanyak 20% menjadikan harga baharu adalah $24.
Harga baharu tersebut akan menerima potongan harga sekali lagi iaitu $10 untuk permainan yang berharga lebih $14.99 menjadikan harga baharu adalah $14. Ini akan menjadikan pemain tidak mengetahui harga asal untuk permainan tersebut.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Epic Games Store akan menyenaraikan harga asal bersama dengan potongan harga (jika ada) untuk permainan tersebut. Manakala potongan harga $10 akan disertakan di dalam laman permainan itu.
Ia mungkin sesuatu yang baharu bagi Epic Games untuk menganjurkan jualan promosi dan sudah semestinya akan mempunyai beberapa masalah. Namun, penawaran yang menarik semasa jualan promosi ini adalah satu perkara yang baik untuk pemain.
[info]Jualan Promosi Mega: Epic Games Store[/info]