Musim ke-17 untuk Diablo III akan bermula hari ini, bersama dengannya Blizzard menyertakan pelbagai penambahan kandungan. Antara yang disertakan adalah seperti beriku;

Musim ini juga akan menyertakan 3 tahap kesukaran baharu untuk Torment. Ia adalah Torments 14,15, dan 16 yang akan menyertakan penjahat lebih sukar tetapi berpeluang mendapat ganjaran yang lebih baik.

Portal yang ditinggalkan oleh Treasure Goblins mungkin akan membawa pemain ke satu tempat yang tidak dijangkakan. Menggunakan Ancient ataupun cincin Primal Puzzle di Kanai’s Cube akan memberikan keputusan yang berbeza.

Pemain boleh lagi menyertai satu sesi permainan walaupun Greater Rift sedang berlangsung akan tetapi pemain tersebut tidak boleh menyertai Greater Rift yang sedang berlangsung. Bar status terkini mengenai Greater Rift akan diperlihatkan kepada semua pemain termasuk yang tidak menyertainya.

Selain itu, Blizzard juga menyertakan pelbagai penambah-baikkan bagi lebih memudahkan pemain antaranya adalah pemain kini boleh membuat carian di dalam Stash dan penanda Bounty kini akan diperlihatkan secara segera.

Sepanjang musim ini juga, Legacy of Nightmares akan di-aktifkan untuk kesemua pemain. Ia memberikan penambahan kekuatan dan juga pertahanan untuk setiap senjata Ancient yang digunakan.

Seperti biasa, ia juga akan menyertakan pelbagai kemaskini untuk memperbaiki pepijat yang terdapat di dalam permainan ini.

Sohor Kini