Microsoft hari ini mengumumkan yang permainan sandbox mereka iaitu Minecraft telah terjual sebanyak 176 juta unit secara global. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 22 juta berbanding Oktober tahun lepas.

Selain itu, mereka juga mengatakan terdapat 200 juta akaun untuk Minecraft di China di mana permainan tersebut merupakan percuma untuk dimainkan.

Walaupun sudah dikeluarkan sejak tahun2009, tampaknya Minecraft terus menerima pemain baharu. Mereka sebelum ini juga menegaskan yang tiada perancangan untuk mengeluarkan Minecraft 2.

Namun, terdapat pelbagai versi sampingan untuk permainan tersebut, antaranya adalah Minecraft Earth iaitu permainan realiti-terimbuh (AR) dan Minecraft: Dungeons yang bakal tiba tahun ini.

Sohor Kini