Skip to main content

Metro Exodus iaitu permainan aksi pengembaraan berdasarkan siri Metro bakal menerima 2 DLC yang mempunyai watak serta jalan cerita yang tersendiri.

DLC pertama iaitu ‘The Two Colonels’ akan mengikut watak Colonen Khlebnikov yang ingin pulang ke rumah sebelum tahun baharu. Ia menawarkan bentuk permainan yang lebih mendatar seperti permainan Metro sebelum ini. DLC ini akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Manakala untuk DLC kedua ‘Sam’s Story’ ia mempunyai bentuk permainan yang lebih memfokuskan kepada ketahanan hidup. Ia akan mengikut watak Sam yang merupakan tentera Amerika Syarikat.

Kedua-dua DLC tersebut dijual dengan harga $19.99 (RM83) melalui pas Expansion. Buat masa ini tidak diketahui jika ia dapat dibeli secara berasingan.

Metro Exodus sudah dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC (melalui Epic Games Store).

Leave a Reply