Humble minggu ini menawarkan permainan Guacamelee! Super Turbo Championship Edition secara percuma sehingga 20 Mei 2019. Ia merupakan edisi lengkap untuk permainan Guacamelee! iaitu permainan pertama untuk siri ini.

Permainan tersebut dibangunkan oleh DrinkBox Studios dan diterbitkan oleh Activision. Ia merupakan permainan platforming aksi yang menyertakan elemen metroidvania.

Untuk mendapatkan permainan tersebut secara percuma, anda hanya perlu mendaftar newsletter Humble. Dapatkan sebelum terlambat.

Humble Store: Guacamelee! Super Turbo Championship Edition

Sohor Kini