Informasi Permainan Video Terkini
Mod Dan Kostum John Wick Kini Disertakan Di Dalam Fortnite

Mod Dan Kostum John Wick Kini Disertakan Di Dalam Fortnite

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

Seperti tertiris sebelum ini, acara khas bersempena tayangan filem ketiga John Wick kini bermula di Fortnite. Melaluinya Epic Games menyediakan mod dan juga kostum berdasarkan filem tersebut.

Mod masa terhad Wick’s Bounty merupakan mod bermain secara Squads. Melaluinya, pemain akan bertempur dengan pasukan yang lain untuk mengutip token. Token diperoleh dengan membunuh pemain lain.

Setiap pemain yang terbunuh, ia akan dihidupkan semula tetapi terhad kepada 3 kali sahaja sebelum terbunuh secara terus. Pasukan pertama yang mencapai jumlah token tertentu akan memenangi perlawanan ini.

Bersama dengan mod tersebut terdapat juga beberapa cabaran khusu untuk mod tersebut. Dengan menyelesaikannya, pemain akan mendapat token emas yang merupakan beg, payung yang merupakan glider dengan satu tembakan, pembalut Boogeyman dan juga XP.

Namun, yang paling menarik adalah pemain juga boleh membeli set kostum John Wick yang menyertakan kostum dan beg manakala beliung perlu dibeli secara berasingan. Kostum John Wick menyertakan dua rekaan berbeza. Ia boleh dibeli dengan harga 2000 V-Bucks iaitu lebih kurang RM80.

Berdasarkan cabaran yang disertakan, acara khas ini akan berlangsun 5 hari sahaja dan akan berkahir pada 21 Mei ini, pastikan anda tidak terlepas untuk menyelesaikan cabaran dan juga mendapatkan pelbagai barangan khas tersebut.


TIPS & ULASAN