April lepas, Square Enix mengumumkan secara rasmi permainan RPG Octopath Traveler mereka yang sebelum ini adalah eksklusif untuk Switch akan turut dikeluarkan ke PC.
Bermula hari ini, sehingga ia dikeluarkan kelak anda kini boleh membuat pra-tempah permainan tersebut melalui Steam dengan harga RM190. Setiap pemain yang pra-tempah, pemain akan diberikan 11 wallpaper permainan tersebut.
Octopath Traveler sudah dikeluarkan untuk Switch pada 13 Julai 2018. Manakala untuk PC ia akan dikeluarkan melalui Steam pada 8 Jun 2019.
Kami mengulas permainan ini untuk Switch sebelum ini dan memilih ia sebagai salah satu permainan terbaik tahun lepas. Ulasan penuh boleh dibaca melalui pautan kami sertakan di bawah.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Octopath Traveler – Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar[/info] [info]Steam: Octopath Traveler[/info]