Skip to main content

Swamp Thing adalah siri terbaru dalam platform penstriman DC Universe. Masih tidak jelas jika Swamp Thing berada dalam dunia yang sama dengan Titans dan Doom Patrol. Ini kerana tema siri TV ini adalah sangat berbeza, ia berada dalam genre seram.

Video acah terkini bukan sahaja memperlihatkan adegan yang seram, tetapi juga beberapa adegan yang mengerikan. Apa yang menarik dengan siri TV ini adalah, ia cuba mengikut jalan cerita asal daripada komik yang mana mengisahkan asal-usul Swamp Thing itu sendiri.

Sayang sekali, siaran siri TV ini hanya terhad di platforn DC Universe yang tidak boleh diakses di Malaysia. Cara halal untuk tonton siri ini adalah dengan melanggan DC Universe dan pelan VPN yang premium.

Leave a Reply