Skip to main content

Awal bulan Mei, video acah yang mengacah siri TV Batwomn telah diperlihatkan. Dalam video tersebut kelihatan Ruby Rose dalam kostum penuh Batwoman dan juga penampilan Bat-Signal. Siri ini akan menggantikan siri TV Arrow musim ketujuh.

https://youtu.be/vrIiPcv4_iY

Baru-baru ini The CW telah pun berkongsi video acah penuh buat siri TV ini. Sekali imbas, ia dilihat mengikut jalan cerita daripada komik yang mengisahkan asal-usul Batwoman. Dalam video acah ini, ia telah mempertontonkan Kate Kane akan bekerjasama dengan Luke Fox (anak Lucious Fox) untuk menjadi Batwoman. Situasi dalam siri TV ini adalah, Batman telah menghilangkan diri selama 3 tahun dan bandar Gotham dilindungi oleh firma sekuriti peribadi Crows. Terdapat ancaman dalam bandar Gotham dan dalam proses Kate mencari Bruce, beliau temui Bat Cave dan ketahui identiti sebenar Bruce Wayne.

Disebabkan ancaman tadi dan Batman yang menghilangkan diri, Kate Kane telah mengambil keputusan untuk menjadi Batwoman. Kate Kane adalah sepupu kepada Bruce Wayne, bayangkan sahaja Kate Kane adalah Bruce versi wanita. Kaya, banyak sumber dan memperoleh banyak kemahiran bertempur.

Batwoman berada dalam dunia Arrowverse. Episod khas kelak, iaitu ‘Crisis On Infinite Earth‘ turut akan melibatkan Batwoman bersama-sama dengan The Flash, Supergirl, Arrow dan Legends of Tomorrow bagi melindungi bumi. Batwoman akan disiarkan setiap hari Ahad bermula tahun ini sehingga tahun 2020.

Leave a Reply